Material Cotton

Assalamualaikum w.b.t

Di sini kami nak share sikit Kelebihan Kain Cotton atau Kain Kapas yang merupakan material utama Handsocks daripada kami.

1)  Pakaian yang diperbuat daripada gentian kapas adalah lembut dan dapat memberikan kesan selesa kepada si pemakai. Oleh itu, ia membolehkan kita bergerak dengan aktif dan kekal selesa walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.


2) Kain kapas juga merupakan diantara kain yang terbaik di dunia.Ini kerana tekstur kainnya yang membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit,menjauhkan kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan.


3) Pemakaian pakaian yang diperbuat daripada kapas akan membolehkan kulit kita untuk bernafas dengan baik. Di samping itu, ianya juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan kulit seperti alahan, kulit sensitif dan asthma yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap habuk mahupun hama. Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa kain yang diperbuat daripada kapas adalah bersifat Hypoallergenic. Seperti kulit bayi yang amat sensitif, halus dan lembut, mereka yang mempunyai masalah kulit juga memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memelihara kesihatan kulit mereka, termasuk dari segi pemilihan pakaian dari fabrik yang tertentu. Adalah dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit dan allergi untuk mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas bagi mengurangi masalah kulit yang dihidapi.


4) Mempunyai gentian paling kuat iaitu tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan.Sebagai contoh, kebanyakkan hospital menggunakan kain kapas sebagai cadar dan pakaian pesakit.Bagi menjalankan proses tersebut ianya perlu direndam pada air yang menggelegak untuk mematikan kuman.Disini kita dapat lihat tekstur kain masih lagi baik dan bertahan lama.

5) Kain kapas juga merupakan fabrik yang amat sesuai untuk semua jenis cuaca dan iklim.Apa yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti tertentu di dalam iklim-iklim tertentu, terutamanya aktiviti yang akan mendatangkan risiko seperti aktiviti pendakian gunung terutamanya dinegara-negara yang beriklim sejuk.


Note: Tahukah anda pakaian yang diperbuat daripada kain kapas ini menjadi pakaian kesukaan Nabi?


Hadith Anas bin Malik r.a; Diriwayatkan daripada Qattaddah r.a: bertanya kepada Anas bin Malik; Pakaian apakah paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w?. Beliau menjawab:Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihiasi.

Itu saja yang dapat kami kongsikan. Sekiranya ianya memberi manfaat pada orang lain..sudilah kiranya kita kongsikan.

Sumber: Encik Google ^^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...