Stoking Sepit Comel LA-Style

Bismillahirrahmanirrahim

Stoking Sepit Comel LA-Style ini direka sesuai untuk semua lapisan umur dan jantina. Stoking ini mempunyai panjang paras betis. 

Harga sepasang stoking ini : RM9.00 tak termasuk kos postage

Kos Postage (Pos Laju): RM6.00 (Semenanjung) dan RM10 (Sabah dan Sarawak)

Untuk order boleh terus Whatsapp 0199330312 atau pm page Muslim In House 

~LA-S Polkadot Stripe: RM9/pasang tak termasuk pos~

~LA-S 3 Layer: RM9/pasang tak termasuk pos~

~LA-S Polkadot: RM9/pasang tak termasuk pos~

~LA-S Cheetah: RM9/pasang tak termasuk pos~

~LA-S Smarties: RM9/pasang tak termasuk pos~

~LA-S Candy Stripe: RM9/pasang tak termasuk pos~

Kebaikan Pakai Stoking Ketika Tidur

Stoking Sepit LA-S Polkadot Stripe (Hanya Di Muslim In House)
Jom amalkan. Tidur pakai stokin.
Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.
Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.
Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.
Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
 "Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows."
Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University's Feinberg School of Medicine, Chicago.
Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.
Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.
Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.
Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.
Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
CARA PEMAKAIAN
Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.
Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.
Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.
Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.

Sharing: Info by Fedtri yahya
Pesanan untuk muslimah ^^

Keistimewaan Warna Hijau

Handsock Kala Button Ring
Warna Hijau sangat istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran beberapa kali dan disukai oleh nabi Muhammad S.A.W. 

“Kedua surga itu (kelihatan) Hijau tua warnanya.” (QS. Ar-Rahmann : 64)

“Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian Hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah.” (QS. Al-Kahfi : 31)
 Nabi Muhammad S.A.W. pun menyukai warna Hijau
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah Hijau.”

#mihsharing #handsockkalabuttonring

Our Signature

Handsock Kala Button Ring Special Edition by Muslim In House





Material : Cotton t - shirt
Size : Paras lengan (panjang  40cm )
Harga : RM13 / pasang exclude postage (+ RM6, Semenanjung & + RM10, Sabah,Sarawak,Brunei-Limbang)
Order : WhatsApp 0199330312 atau pm Muslim In House

======================================================

Kenapa Handsock Kala Button Ring Menjadi Pilihan?


1) Handsock ini diperbuat daripada material cotton t-shirt yang sejuk dan menyerap peluh.
2) Sesuai untuk kulit sensitif. Dihujung belakang handsock ini tidak ada getah yang membuatkan si pemakai selesa dan tidak gatal2.
3) Dihiasi dengan butang yang comel dan menarik yang menjadikannya lain daripada yang lain.
4) Sesuai untuk dibawa solat dan umrah disebabkan ring yang ada di hadapan handsock ini yang disarung pada jari tengah dapat mengelakkan handsock ini daripada melurut turun ketika tangan diangkat.
5) Amat sesuai digayakan dengan jubah, baju kurung dan blouse.
6) Sesuai untuk semua peringkat umur.

Material Cotton

Assalamualaikum w.b.t

Di sini kami nak share sikit Kelebihan Kain Cotton atau Kain Kapas yang merupakan material utama Handsocks daripada kami.

1)  Pakaian yang diperbuat daripada gentian kapas adalah lembut dan dapat memberikan kesan selesa kepada si pemakai. Oleh itu, ia membolehkan kita bergerak dengan aktif dan kekal selesa walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.


2) Kain kapas juga merupakan diantara kain yang terbaik di dunia.Ini kerana tekstur kainnya yang membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit,menjauhkan kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan.


3) Pemakaian pakaian yang diperbuat daripada kapas akan membolehkan kulit kita untuk bernafas dengan baik. Di samping itu, ianya juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan kulit seperti alahan, kulit sensitif dan asthma yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap habuk mahupun hama. Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa kain yang diperbuat daripada kapas adalah bersifat Hypoallergenic. Seperti kulit bayi yang amat sensitif, halus dan lembut, mereka yang mempunyai masalah kulit juga memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memelihara kesihatan kulit mereka, termasuk dari segi pemilihan pakaian dari fabrik yang tertentu. Adalah dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kulit dan allergi untuk mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas bagi mengurangi masalah kulit yang dihidapi.


4) Mempunyai gentian paling kuat iaitu tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan.Sebagai contoh, kebanyakkan hospital menggunakan kain kapas sebagai cadar dan pakaian pesakit.Bagi menjalankan proses tersebut ianya perlu direndam pada air yang menggelegak untuk mematikan kuman.Disini kita dapat lihat tekstur kain masih lagi baik dan bertahan lama.

5) Kain kapas juga merupakan fabrik yang amat sesuai untuk semua jenis cuaca dan iklim.Apa yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti tertentu di dalam iklim-iklim tertentu, terutamanya aktiviti yang akan mendatangkan risiko seperti aktiviti pendakian gunung terutamanya dinegara-negara yang beriklim sejuk.


Note: Tahukah anda pakaian yang diperbuat daripada kain kapas ini menjadi pakaian kesukaan Nabi?


Hadith Anas bin Malik r.a; Diriwayatkan daripada Qattaddah r.a: bertanya kepada Anas bin Malik; Pakaian apakah paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w?. Beliau menjawab:Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihiasi.

Itu saja yang dapat kami kongsikan. Sekiranya ianya memberi manfaat pada orang lain..sudilah kiranya kita kongsikan.

Sumber: Encik Google ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...